34.6 C
Malaysia
Friday, September 20, 2024
[the_ad id="14542"]

Latest Posts

“Satu Johor Malu Dengan Perangai Kau!” – Baby Shima Terima Mesej Lucah Lagi! Netizen Pula…

Penyanyi Baby Shima sememangnya aktif di media sosial dan tidak kekok berkongsi pelbagai jenis konten.

Terbaru, Shima mendedahkan mesej berunsur lucah yang dihantar seorang pengguna Instagram kepadanya.

Dalam mesej tersebut, individu yang dipercayai masih remaja itu seakan mengajak Shima untuk melakukan perkara terlarang.

Via Instagram Baby Shima

Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen meninggalkan respon berbeza terhadap perkara tersebut.

Sudah tentu ramai yang tidak gemar dengan tindakan menghantar mesej berunsur lucah sebegitu, namun ada juga netizen yang merasakan bahawa akaun pengguna Instagram tersebut telah digodam oleh orang lain.

“Aku rasa akaun dia kena hack.

“Jammed lah orang macam ni, mesti dia sekarang tengah risau.

“Kejap je kau dah famous dik, satu Johor kenal kau (diikuti tanda pangkah) satu Johor malu dengan perangai kau (diikuti tanda betul),” tulis beberapa warganet merujuk kepada individu yang menghantar mesej kepada Shima itu.

Via Instagram Baby Shima

Hasil pemeriksaan Murai MY, akaun individu yang dimaksudkan Shima itu sudah dinyahaktif kerana tiada pengguna ditemui.

Bagaimanapun, tiada kepastian tentang siapa yang menghantar mesej berunsur lucah kepada Shima itu, mungkin juga benar akaun remaja tersebut digodam oleh orang lain.

Sebelum ini, media tempatan melaporkan Shima pernah berkongsi tentang kejadian sama menerima mesej lucah daripada individu yang tidak dikenali.

Semoga hal sebegini tidak lagi berlaku kepada Shima dan juga pengguna media sosial yang lain.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

[the_ad id="14544"]

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.