Semalam, media tempatan melaporkan bahawa usahawan terkenal, Nur Sajat Kamaruzzaman atau lebih dikenali sebagai Sajat dituntut untuk membuat permohonan maaf dalam tempoh masa 48 jam selepas dia dikatakan melemparkan pelbagai tuduhan palsu terhadap seorang wanita yang dikenali sebagai Yusmiliati.
Ditahan Di Hospital
Bagaimanapun usahawan kosmetik itu enggan memohon maaf kerana menurutnya dia sama sekali tidak mengenali mahupun pernah berjumpa dengannya. Sebelum ini wanita tersebut mendakwa dia telah dianayai oleh pihak Sajat kerana kegagalannya membantu usahawan itu menukar jantina “lelaki” kepada “perempuan” pada kad pengenalannya.
https://www.instagram.com/p/By2LFp8gDWX/
Terbaharu, Sajat telah berkongsi sebuah posting di laman Instagram nya dia telah ditahan di sebuah hospital sejurus selepas isu tersebut hangat diperkatakan.
Alami Alahan
Menurut Sajat hampir keseluruhan badannya telah menjadi kemerahan kerana mengalami alahan.
https://www.instagram.com/p/By2L3OfAx-W/
Jelasnya lagi ianya berpunca akibat tekanan gara-gara isu tuntutan tersebut selain turut memberitahu dihujani dengan pelbagai pertanyaan dari pihak media yang cuba menghubunginya sejak kelmarin. Dalam sebuah posting lain pula, Sajat memberitahu tiada permohonan maaf akan dibuat dipercayai ditujukan buat wanita itu.