29.4 C
Malaysia
Sunday, September 1, 2024

Latest Posts

“Sampai Hati…”- Aliff Syukri Akui Sedih Dikritik Datuk Awie

Usahawan kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri meluahkan rasa sedih selepas mendapat kritikan oleh penyanyi rock dan pelakon terkenal, Datuk Awie terhadap hobinya sebagai penyanyi.

Sedih Digelar ‘Hamlau’

Menerusi hantaran di Instagram, Aliff Syukri akui rasa sedih selepas digelar ‘hamlau’ oleh Awie selepas disifatkan telah menganggu industri seni setelah merilis lagu dangdutnya, ‘Baby Sayang’ bersama Baby Shima.

“Awak saya sedih sangat. Sampai hati Dato Awie panggil saya hamlau tau. Saya dulu kumpul duit tau nak beli kaset dato Awie. Sampai mak saya marah saya kata membazir 😅.”-Tulis Aliff

Titip Doa Buat Awie

Merupakan seorang peminat tegar Datuk Awie, Aliff menitipkan doa buat penyanyi rock itu agar menerima kehadirannya dengan hati yang terbuka.

“Apapun saya doakan Dato Awie selalu bahagia dunia dan akhirat dan terbuka hati terima kehadiran saya..#datoawieidolasy.”-Tulis Aliff

Datuk Seri Aliff Syukri telah mendapat kecaman yang teruk oleh orang ramai termasuklah ibunya sendiri selepas merilis lagu dangdut bersama Baby Shima.

Ibunya, Rozita Ibrahim turut meminta anak lelakinya itu untuk tidak mengundang bala disebabkan aksi gelek yang mencolok mata.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.