Selepas kejayaan filem PASKAL, pelakon Hairul Azreen mempertaruhkan lakonan aksinya di dalam filem terbaru berjudul Wira. Filem tersebut yang juga arahan dari pengarah yang sama iaitu Adrian Teh akan menemui penonton bermula pada 21 November ini.
Bekerja Keras Demi Wira
Teruja menantikan tayangan filem tersebut, Hairul mendedahkan dia telah bekerja keras demi menjayakan Wira. Malah berdasarkan perkongsiannya sebelum ini di laman Instagram, segala aksi dan juga cara pemakanannya juga dikawal bagi memberi komitmen yang sepenuhnya.
Terkoyak Ligamen
Dalam pada itu, Hairul turut memberitahu sepanjang penggambaran dia telah alami kecederaan termasuklah ligamen nya yang terkoyak sehingga 3 kali.
Perkongsiannya itu ternyata membuatkan peminat kagum dan teruja untuk melihat babak aksi Hairul di dalam filem Wira yang akan datang. Selain Hairul, filem ini turut menggabungkan pelakon-pelakon dari Malaysia dan Indonesia seperti Fify Azmi, Henley Hii, Yayan Ruhian dan ramai lagi.