22.3 C
Malaysia
Saturday, October 5, 2024
[the_ad id="14542"]

Latest Posts

“Sakit Dia Teramat Sakit”- Wani Kayrie & Pengurus Positif COVID-19

Penyanyi, Wani Kayrie mengumumkan bahawa dia disahkan positif Covid-19 selepas mengalam simptom seperti demam panas, sakit kepala, batuk, selesema, dan sakit tekak.

“Deria Bau & Rasa Wani Masih Ada”-Wani Kayrie

Menerusi posting di Instagram, Wani menyifatkan ada hikmah di sebalik dijangkiti wabak berkenaan selain memohon orang ramai dapat menitipkan doa buatnya.

“Setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmah kan? Sedih untuk mengumumkan bahawa saya disahkan positif Covid-19.

Mohon doa semua ya. Setakat ini, Wani perlu kuarantin diri di rumah selama 10 hari atas nasihat doctor. Antara symptom-simptom adalah demam panas, sakit kepala, batuk-batuk, selsema & sakit tekak.

Alhamdulillah deria bau & rasa Wani masih ada. Tapi sakit dia teramat sakit. Tak tipu. Jagalah diri sebaik mungkin ya. Kita cuma boleh ikhtiar apa yang mampu.”- pesan Wani

Pengurus Turut Disahkan Positif 

Selain Wani, pengurusnya juga disahkan positif Covid-19 selepas alami demam teruk pada 2 hari yang lalu.

“My manager & saya disahkan positif Covid-19. Kami alami demam yang teruk pada 2 hari lalu. Sesiapa yang mempunyai kontak rapat dengan kami, boleh swab test untuk pre-caution ya.

Mohon maaf atas segala kesulitan. Doakan agar kami cepat sembuh & dapat bekerja seperti sedia kala.”-kata Wani lagi

Tidak Dapat Jawab Panggilan & Mesej Semua Pihak

Di kesempatan itu, pelantun Jangan-Jangan ini  memohon maaf kerana masih tidak dapat menjawab sebarang panggilan dan mesej berikutan keadaannya yang masih lemah.

“Saya menerima banyak panggilan & mesej-mesej. Minta maaf Wani tak dapat nak angkat call & reply message satu persatu disebabkan keadaan Wani yang masih lemah. Ingatkan lelap sekejap dah okay. Bila bangun demam makin panas & kepala sakit yang amat. Nak jalan pun terhuyung-hayang macam nak pitam.

Wani mampu baca semua message je setakat ni. Terima kasih rakan-rakan, kenalan, keluarga & para media yang concern. Terima kasih banyak-banyak. InsyaAllah doakan yang baik-baik ya.”- katanya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

[the_ad id="14544"]

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.