Pendakwah bebas, Pencetus Ummah (PU) Syed Mohd Bakri atau lebih dikenali sebagai PU Syed tampil bersuara terhadap isu Nur Sajat yang mengaku bahawa dirinya kini merupakan seorang transgender.
Sajat Masih Seorang Muslim
Menerusi posting di Instagram, PU Syed berpendapat bahawa Sajat masih seorang Muslim dan perlu sentiasa dinasihati agar tidak hanyut dengan gaya hidup yang dimurkai Allah.
“Sajat tetap seorang Muslim, dan perlu sentiasa menasihati dan menegur beliau agar dia tidak terus hanyut dengan gaya hidup yang dimurkai Allah itu.”- pesan PU Syed
Doa Sajat Bertaubat
Dalam pada itu, pendakwah bebas ini turut mendoakan agar Sajat sedar akan kesilapannya dan segera bertaubat.
“Ambe doakan dia akan sedar satu masa nanti, dan pintu taubat itu Allah akan buka selagi mana belum sampai di penghujung nyawanya.”- katanya lagi
Beri Nasihat Mendalam
Tambahnya lagi, dia menitipkan nasihat yang mendalam buat usahawan sensasi itu selepas membuat pengakuan dirinya berasa selamat menetap di Australia.
“Kepada Sajat
- Jika berada di Australia itu menyebabkan anda merasa lega kerana boleh hidup dengan gaya hidup anda sekarang. Ingatlah ianya bukan kebahagiaan tetapi punca kepada segala dosa dan maksiat.
- Anda menyatakan hidup anda tak selamat di Malaysia.” Siapa yang membuat ancaman sebegitu? Kita ada undang-undang maka anda boleh buat laporan polis tentang siapa sahaja yang telah mengancam anda..Apa yang ambe nampak, anda sendiri yang mengancam diri sendiri dengan melakukan perkara yang mendatangkan mudarat pada masyarakat dan agama.
- Pintu taubat masih terbuka..Bertaubatlah..
PU Syed
#AdeAmbeTakut”- katanya lagi
Terdahulu, Murai.my melaporkan Sajat membuat pengakuan berani terhadap media antarabangsa mengenai isu transgender dan mengakui dapat menjadi diri yang sebenar apabila berada di Australia.