Dalam keberkatan Ramadan yang bakal berakhir minggu ini, pelbagai kisah dan hasrat tauladan telah dikongsi oleh pelbagai pihak. Ini termasuklah perkongsian yang dibuat usahawan kosmetik, Safiey Ilias.
Raya Terakhir Sebagai Seorang Perempuan
Menerusi posting yang dibuatnya dalam laman Instagram Safiey atau nama sebenarnya Saifuddin Bin Illias telah menyuarakan hasratnya untuk beraya sebagai seorang perempuan buat kali terakhir pada tahun ini. Menurut Safiey, segala keinginannya selama ini telah berjaya ditunaikan namun kini fokusnya hanya ingin menggembirakan hati ibu bapanya.
“Rasa macam ini kali terakhir je beraya sebagai perempuan. Bila tengok muka mak ayah rasa macam nak happy kan hati mereka. Tak ada apa dah nak kejar kat dunia ni. Semua benda dah ada.Kereta rumah, cuma 1 je tak dapat lagi nak tunai dan capai iaitu happy kan hati mak ayah,”
Mohon Maaf
Dalam posting yang sama juga, Safiey turut mengambil kesempatan untuk memohon maaf kepada semua pihak atas segala salah silap yang pernah dilakukan. Malah dia turut berdoa agar ditunjukkan jalannya yang benar serta berharap agar ahli keluarga nya akan ditempatkan di syurga kelak.
Semoga kali ini Safiey akan benar-benar insaf dan memberikan inspirasi kepada masyarakat diluar sana.