Usahawan kosmetik sensasi, Safiey Illias bakal menghadapi hukuman penjara selama tujuh tahun berikutan tuduhan yang menyebabkan kecederaan terhadap seorang pengamal media sosial terkenal,Farahnazikha Karab Hussain, 26 atau lebih dikenali sebagai Baby Ara empat tahun lalu.
Mengaku Bersalah
Memetik laporan Harian Metro, Safiey atau nama sebenarnya Mohd Safiuddin Ilias, 27, dia mengaku bersalah dan enggan memanjangkan lagi isu ini.
“Sepanjang 15 kali sebutan kes dan sambung bicara, saya sentiasa beri kerjasama dan hadir pada waktu serta tarikh yang ditetapkan”
“Lagipun isu ini tidaklah besar mana. Kalau tidak, tak mungkin pertuduhan pindaan diterima.Sebagai tanda syukur, berterima kasih dan hormat, saya terus mengaku salah selepas pertuduhan pindaan dibacakan,” katanya kepada akhbar tersebut
Pandai Bersilat
Dalam hantaran terbaharu di laman Instagram nya, Safiey sempat berseloroh dengan mengatakan bahawa dia sememangnya pandai bersilat dan akan membalas kembali buat mereka yang membulinya.
“Tulah siapa suruh tak percaya ratu pandai silat . So siapa buli ratu , ratu akan bagi terajang manja” tulis Safiey
Terdahulu, Safiey didakwa mencederakan Baby Ara di sebuah restoran di Jalan Liew Weng Chee AU2 pada 15 Januari 2018.
Majistret Tawfiq Affandy Chin menjatuhkan hukuman denda RM1,800 atau tiga bulan penjara jika gagal membayar denda dan mahkamah turut membenarkan ikat jamin kepada pertuduhan kes sebelum ini sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin.