22.2 C
Malaysia
Sunday, December 1, 2024
[the_ad id="14542"]

Latest Posts

Rumah Tangga Keith Foo & Kim Raymond Bergolak?

Enggan melatah dengan gosip bertebaran di alam maya, pelakon Keith Foo mengambil pendekatan untuk tidak membiarkan anasir negatif membelenggu kehidupannya. Menafikan sudah berpisah dengan isterinya, Kim Raymond, malah Keith menjelaskan hubungan mereka masih dalam keadaan baik.

Bagi bintang bintang ‘Ariana Rose’ dan ‘Love You Mr Arrogant’ ini, setiap perkahwinan pasti ada pasang surutnya, namun segala permasalahan harus diselesaikan secara bersama.

“Hubungan kami baik-baik sahaja dan tiada apa yang ingin dikongsikan mengenai perkara itu. Biasalah, semua rumah tangga ada pasang surutnya dan perkahwinan mana yang tidak mempunyai masalah? Kita hanya manusia dan tidak terlepas daripada melakukan kesilapan.

“Apa yang penting, segala masalah dibincang dan diselesaikan bersama. Kadang kala, mereka di luar sana seperti lebih mengetahui perihal rumah tangga saya daripada empunya badan sendiri.

“Sejak dahulu lagi saya memilih untuk tidak memberikan sebarang reaksi terhadap perkara sebegini. Asalkan ia tidak memberikan sebarang kesan kepada saya, gosip seperti ini selalunya dibiarkan lenyap begitu sahaja,” jelas Keith Foo.

Keith yang enggan mengulas lanjut ketika ditanya mengenai hubungan rumah tangganya dengan isterinya itu memberitahu isu tersebut terlalu peribadi untuk dikongsikan dengan masyarakat.

“Apa yang boleh saya katakan, hal rumah tangga adalah sesuatu bersifat peribadi. Buat masa sekarang, hubungan kami baik saja. Kami sibuk dengan hal masing-masing, namun tetap memberikan fokus 100 peratus kepada anak,” tambahnya lagi.

Status rumah tangga Keith serta Kim dikatakan menjadi tanda tanya apabila mereka jarang berkongsi gambar masing-masing di laman sosial mereka, sejak akhir-akhir ini. Malah, Keith sering memuatnaik gambar anak perempuan mereka, Skylar Raymond Foo, dengan keterangan berbaur kerinduan.

Untuk makluman, Keith dan Kim berkahwin pada 30 November 2015 dan dikurniakan cahaya mata perempuan, Skylar Raymond Foo pada 30 Mei 2017. murai.my mendoakan agar pasangan ini jika ada sebarang masalah, agar diselesaikan dengan cepat serta jaga perkahwinan mereka agar berkekalan hingga akhir zaman.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

[the_ad id="14544"]

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.