21 C
Malaysia
Sunday, December 1, 2024
[the_ad id="14542"]

Latest Posts

Rumah Tangga Adele & Simon Konceki Retak?

Adele dan suaminya Simon Konecki telah berpisah selepas hampir lapan tahun bersama. Wakil kepada Adele mengesahkan berita itu dalam satu kenyataan kepada Associated Press, mengatakan bahawa;

“Adele dan rakan kongsinya telah berpisah. Mereka komited untuk membesarkan anak lelaki mereka bersama dengan sepenuh kasih sayang dan perlukan kehidupan privasi”.

Pasangan itu menyambut kelahiran anak lelaki mereka, Angelo pada Oktober 2012 dan telah berkahwin pada Mac 2017. Pada tahun 2015, Adele pernah berkata dalam satu rancangan popular TV;

“Berada dalam hubungan yang luar biasa dengan seseorang yang berada di sana untuk saya dan setia dan benar-benar sebahagian daripada inti saya sekarang. Itulah yang membuat saya menulis mengenai segala yang pernah saya lakukan, kerana saya mendapat cintanya”, kata Adele.

Ramai peminat-peminat memberi komen yang positif di media sosial supaya Adele selamatkan perkahwinan dia dan suami. murai.my mendoakan agar Adele tabah dalam mengharungi saat-saat getir pada waktu ini dan dapat selamat hubungan bersama suami demi anak tersayang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

[the_ad id="14544"]

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.