23.1 C
Malaysia
Saturday, October 26, 2024
[the_ad id="14542"]

Latest Posts

Rozita Che Wan Sedia Bermaafan, Diva AA Bagi ‘Hint’ Teruskan Saman?

Kemelut di antara dua selebriti sensasi, Rozita Che Wan dan Diva AA terus hangat diperkatakan. Pada petang Selasa, Rozita atau lebih dikenali sebagai Che Ta telah pun memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields bagi membantu siasatan laporan berhubung kenyataan berbaur fitnah terhadap Diva AA atau nama sebenarnya Azwan Ali.

Sedia Bermaafan 

Memetik laporan Mstar Online, Che Ta yang hadir bersama suami, Zain Saidin dan pengurusnya Afeeq Abdul Wahab telah memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak polik. Berkongsi perihal yang terjadi, Che Ta berkata dia akui membalas hinaan yang dilemparkan Diva AA di Instagram kerana terlalu marah. Namun, pelakon popular ini telah pun memadam status berkenaan sejam kemudian untuk mengelakkan keadaan menjadi lebih keruh.

“Saya jawab status dia sebab dia menghina saya. Sebagai perempuan of course la rasa terhina dengan perkataan yang dia gunakan melampau dan memalukan.

“Lepas sejam saya post, saya delete balik sebab saya tengah marah time tu. lepas itu saya fikir balik saya taknak bergaduh,” katanya kepada media

Dalam pada itu, Che Ta juga sedia memaafkan Diva AA dan tidak bercadang untuk membuat tindakan undang-undang susulan berikutan enggan memanjangkan perselisihan faham di antara mereka. Bagaimanapun, Che Ta menyerahkan segalanya pada pihak berkuasa.

“Kenapa kita nak kena ada musuh? Semua tahu sekarang dah akhir zaman. Kenapa nak buat musuh.

“Pada saya kalau tidak boleh berbaik tak apa tapi jangan ada musuh. Kalau dia nak berbaik, saya tiada masalah pun,” katanya lagi

Diva AA Teruskan Saman? 

Menjengah ke hantaran yang dimuatnaik oleh Diva AA di laman Instagram nya, pengacara Lagu Cinta Kita 2 (LCK2) ini seolah-olah memberi bayangan ingin meneruskan tindakan undang-undang terhadap Che Ta.

“Kau caci hina lah Diva AA? #GiMamm (pergi mampus). Tetapi kau menyalak, berbaur fitnah, ugutan bunuh? Tak sabar tengok sempudal tersial macam kau terperosok dalam lokap! Kesian #Gthhhpuiii #KasikAjarRetisPrasanTop ” tulis Diva AA di Instagram

Pada Jumaat lalu, Diva AA membuat laporan polis terhadap Che Ta selepas mendakwa pelakon itu mengaitkan kemewahan yang dimilikinya dengan seorang ahli politik terkenal yang juga abang kandungnya,Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. Isu tercetus, apabila Diva AA menegur menggunakan kata-kata kesat dan kurang sopan cara Che Ta berpakaian yang dianggap keterlaluan ketika mendapatkan suntikan vaksin.

Difahamkan, Diva AA bercadang untuk mengemukakan saman berjumlah RM5 juta kepada Che Ta kerana didakwa telah memfitnahnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

[the_ad id="14544"]

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.