Pada awal pagi tadi, Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) dalam sebuah kenyataan memaklumkan Pusat pemberian vaksin (PPV) Ideal Convention Centre (IDCC), Shah Alam, akan ditutup hari ini(Selasa) susulan terdapat kes positif COVID-19 yang dikesan dalam kalangan petugas PPV berkenaan.
Che Ta Bimbang
Dalam pada itu, pelakon terkenal Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta meluahkan rasa bimbang berikutan suaminya yang juga pelakon, Zain Saidin bakal menerima suntikan vaksin di pusat berkenaan kelak. Menerusi laman Instagram nya, Che Ta akui berasa seperti sudah tidak selamat setelah mengetahui mengenai berita tersebut.
“betui- betui qasa tak selamat dah ni!” tulis Che Ta
Di ruangan komen, pelbagai pendapat telah diberikan oleh pengikut pelakon ini. Ada yang turut berasa risau dan tidak kurang juga berkongsi kata-kata semangat buat Che Ta dan suami kerana menyifatkan risiko untuk dijangkiti wabak berkenaan kini berada di mana-mana sahaja.
“Risiko jangkitan ada di mana-mana.. Allahhuakbar…semoga dipermudahkan” tulis salah seorang pengikutnya
https://www.instagram.com/p/CRQFHC_jpQp/
Galakkan Buat Ujian Saringan
Dalam pada itu,kerja-kerja sanitasi akan dijalankan di IDCC dan menyarankan mereka yang hadir untuk vaksinasi di IDCC antara 29 Jun hingga semalam(12 Julai 2021) untuk membuat penilaian kendiri dan sekiranya bergejala supaya menjalankan ujian saringan COVID-19.
[KEMASKINI]
Seramai 204 petugas pusat pemberian vaksin (PPV) Ideal Convention Center (IDCC) Shah Alam, Selangor disahkan positif Covid-19. Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, kes positif Covid-19 itu dikenal pasti selepas ujian saringan beramai-ramai dilakukan terhadap kesemua 453 petugas.