Pelakon dan pengarah popular, Datuk Rosyam Nor membuat perkongsian yang membanggakan peminat apabila dia mendedahkan bakal terlibat dalam filem aksi Hong Kong yang bakal ditayangkan di pawagam hujung Disember ini.
Menerusi posting di Instagram, Rosyam mendedahkan ini adalah kali pertama dirinya berlakon dalam filem dari Hong Kong.
“First time berlakon filem Hong Kong. Filem G Storm terbitan produksi Hong Kong ni akan berada di pawagam 31 Disember”-Jelas Rosyam
Pegang Watak Antagonis
Kongsi Rosyam, filem antarabangsa yang dibintanginya mengisahkan mengenai pasukan pencegahan rasuah atau lebih dikenali di Malaysia sebagai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM). Jelasnya, dia akan memegang watak antagonis dan berseloroh tidak mungkin akan menjadi ‘hero’ dalam filem tersebut.
“Action movie ni cerita pasal satu team pencegahan rasuah. Kalau kat Malaysia SPRM la gitu. So aku ni pulak jadi jahat la. Takkan hero pulak.”- seloroh Rosyam
Peminat & Rakan Selebriti Titip Ucapan Tahniah
Tinjauan Murai MY di ruangan komen mendapati rata-rata peminat dan rakan selebriti menitipkan ucapan tahniah dan teruja untuk menonton lakonan pelakon itu kelak.