Sejak Mei lalu, Warner Bros. dan DC secara rasmi mengumumkan bahawa Robert Pattinson akan memegang watak Batman untuk siri seterusnya dan sekaligus menggantikan Ben Affleck.
Robert juga telah menandatangani kontrak untuk memegang watak Batman dalam filem “The Batman” yang diarahkan oleh Matt Reeves. Dengan ini, pelakon “Harry Potter and the Cup of Fire” itu juga akan menjadi Batman termuda dalam sejarah DCEU.
Dalam perkembangan yang lain, Robert telah mengakui bahawa dia tidak faham mengapa dia dipilih untuk memainkan watak Dark Knight itu. Ini dinyatakan terus oleh pelakon berusia 33 tahun itu dalam temu bual baru-baru ini di Sunday TODAY with Willie Geist.
“Ini agak gila,” katanya. “Saya tidak pernah menganggap bahawa (sebagai Batman) adalah prospek yang realistik,” katanya. “Saya benar-benar tidak faham bagaimana saya mendapatnya, sama sekali (tidak faham).”
Bahkan pelakon yang tampan ini berharap wataknya sebagai Batman kelak tidak akan membuatnya popular seperti dalam filem “Twilight”, di mana dia memegang watak sebagai Edward Cullen.
“Memang saya menganggap sesuatu yang mustahil dalam hidup saya terhadap apa yang terjadi dengan impak filem Twilight. Ia berlaku secara tiba-tiba,” katanya
Tambahnya dalam kenyataan itu, Robert berkata bahawa dia sudah tua dan membosankan sekarang, jadi dia berharap bahawa dia tidak akan menjadi popular seperti dahulu.
“Saya harap tidak ada sesiapa yang duduk di luar rumah saya, saya rasa saya agak membosankan dan dah tua sekarang,” katanya, dalam laporan yang sama.
Walau bagaimanapun, bekas teman wanita Kristen Stewart mengatakan bahawa watak Batman adalah satu perkara yang membanggakan baginya, dan dia bersedia untuk menerima cabaran untuk melakonkan watak Batman sebaik mungkin.
Proses pra-produksi akan dilaporkan bermula pada tahun ini, tetapi ia tidak boleh diumumkan apabila penggambaran akan bermula. Sekiranya ia mengikut rancangan, filem itu dijangka ditayangkan pada 25 Jun, 2021.