Pelakon, Rita Rudaini tampil mempersoalkan tindakan netizen yang tidak membenarkan Ketua Pegawai Eksekutif Apple, Tim Cook untuk menghantar sumbangan dan bantuan kepada mangsa banjir di Malaysia melalui kerajaan.
Perli Netizen Lupa Budi Kerajaan
Menerusi hantaran di Insta Stories, Rita seolah-olah memerli netizen yang telah lupa akan budi kerajaan yang telah memberikan pelbagai kesenangan selepas menerima suntikan vaksin COVID-19.
“Bukan ke korang sokong sangat kerajaan? Eh? Tak bagus ke kerajaan sekarang ni?
“Jangan lupa pulak budi kerajaan bagi kesenangan kat korang lepas terima vaksin..Kerajaan bawak masuk vaksin untuk korang sihat.”- tulis Rita
Tambah Rita lagi, mereka yang tidak menyokong pihak kerajaan sebelum ini telah hilang punca pendapatan dan tidak dapat menikmat pelbagai kemudahan yang disediakan.
“Kami yang tak sokong kerajaan ini hilang punca pendapatan, ditarik kemudahan. Tak boleh sedut udara sama-sama korang sebab membahayakan orang awam. Kenapa nak betray kerajaan?”- soal Rita
CEO Apple Mahu Beri Sumbangan Pada Malaysia & Filipina
Untuk info, beberapa hari yang lalu,Timmengumumkan mereka akan menghantar bantuan kepada Malaysia dan Filipina yang terjejas akibat banjir dan Taufan Rai.
Typhoon Rai has caused so much devastation in the Philippines and Malaysia — so many families have lost so much. Apple will be contributing to relief, recovery, and longer-term rebuilding efforts. #OdettePH
— Tim Cook (@tim_cook) December 21, 2021
“Taufan Rai telah menyebabkan begitu banyak kemusnahan di Filipina dan Malaysia- Banyak keluarga telah mengalami kehilangan. Apple akan menyumbang bantuan, pemulihan, dan usaha pembinaan semua untuk jangka masa panjang.”-Tweet Tim
Tweet Ketua Pegawai Eksekutif Apple itu telah dibanjiri dengan pelbagai komen netizen dari Malaysia dan Filipina yang meminta individu itu untuk tidak menghantar sumbangan dan bantuan melalui kerajaan.
“Jangan sesekali mempercayai bantuan kerajaan Malaysia dengan sebarang bantuan. Sila hubungi NGO yang berada di barisan hadapan dalam membantu mangsa.”- ciap Netizen