24.5 C
Malaysia
Saturday, September 14, 2024

Latest Posts

Rita Rudaini Label Diri Isteri Yang Gagal, Ramai Beri Respon Menyentuh Hati!

Salah satu video yang dimuatnaik oleh pelakon jelita, Rita Rudaini di akaun TikTok nya menarik perhatian ramai warganet dan juga lensa Murai MY.

Gagal Jadi Isteri?

Murai menjengah ke akaun TikTok milik aktres berbakat ini dan mendapati, Rita memuatnaik video gambar dirinya bersama dua orang putera hati bersama coretan yang cukup ringkas tapi penuh makna.

“Biar gagal menjadi seorang isteri.

Yang penting tidak gagal menjadi seorang ibu.” Tulisnya

Melihat coretan yang dikongsikan di dalam video tersebut Rita menganggap dirinya seorang isteri yang gagal, walaupun kecundang dalam perkahwinan ia tidak mengaburi mata hati yang melihat bahawa wanita ini hebat dalam mendidik kedua anak lelakinya.

via TikTok Rita Rudaini

Kaum Hawa Beri Sokongan Moral

Video yang dikongsikan Rita di akaun TikTok nya mendapat perhatian ramai kaum hawa di platform tersebut, rata-rata mereka memberi komen dengan mengatakan bahawa pelakon jelita tersebut merupakan seorang wanita dan ibu yang hebat serta telah berusaha sehabis baik.

“Tidak, anda tidak gagal. Anda dah berusaha yang terbaik dan anda menang perlumbaan yang lain.”

“Tidak satu manusia pun yang sempurna. Hanya Allah sahaja yang layak menilai kita.”

“Rita ibu yang terbaik. Semoga keluarga ini sentiasa di rahmati Allah.”

“Anda ibu yang terbaik di dunia ini. Anda wanita yang kuat kak. Jangan putus asa. Doakan yang terbaik untuk anda.”Komen warganet

via TikTok Rita Rudaini

“Inspirasi pada kami ibu-ibu tunggal untuk tetap semangat dan kuat demi anak-anak. Sayang selalu kak @Rita Rudaini.”

“Terus kuat.”

“Tak apa sayang.. Tiada siapa yang sempurna.”

“Wanita yang kuat.” Komen mereka

via TikTok Rita Rudaini

“Gelaran isteri boleh dibuang.. Tapi ibu hanya yang haq. Anugerah Illahi.”

“Anda dah buat yang terbaik.”

“Kuat dik. Akak salut kat adik.”

“Alhamdulillah anak-anak masih setia. Moga dilindungi Allah.” Komen mereka lagi

@ritrud727

👩‍👦‍👦🤍

♬ original sound – Rita Rudaini – ritrud727

Apa pun semoga Rita bahagia dan kekal kuat demi anak-anak yang tersayang!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.