Pelakon, Rita Rudaini tampil memberi penjelasan mengenai tindakan dirinya yang sering tampil memberikan kenyataan secara terbuka di media sosial terutamanya mengenai isu vaksin.
Tidak Suka Lihat Orang Lain Ditindas
Terbaru, Rita mendedahkan dia pernah mendapat teguran untuk tidak bersuara dan mengambil tahu terhadap sesuatu isu. Walaubagaimanapun, ibu tunggal kepada dua cahaya mata ini menjelaskan bahawa dirinya bukan seorang individu yang suka melihat penindasan terhadap orang lain terutama melibatkan dirinya sendiri.
“Dari awal dulu, ada yang menegur saya..supaya tak payah lah bercakap, tak payah lah ambil tahu. Biarkan..Kita jaga kita sudah..
Saya bukan jenis yang suka tengok penindasan pada orang lain apatah lagi penindasan pada diri sendiri. Saya taknak jaga bontot saya sorang-sorang.”-Jelas Rita
Pernah Tolak Bayaran Untuk Berlakon
Tambah Rita lagi, dia pernah menolak bayaran untuk berlakon apabila mengetahui rakan-rakan kru tidak mendapat bayaran berikutan ia hanya dibayar kepada lead artist sahaja suatu ketika dahulu.
“Saya pernah tak ambik payment berlakon sampai ke sudah sebab rakan-rakan kru tak dapat payment , dan payment hanya dibayar pada artis-artis lead dulu dan tak bagi saya bising-bising kata dapat payment.
Maaf saya bukan jenis orang yang penting periuk nasi sendiri.. Saya tolak semua ni, saya tak nak datang kerja sampai lah kru-kru semua dibayar gaji mereka.”-Kongsi Rita
“Orang Yang Membisu & Hanya Jaga Diri Sendiri Umpama Syaitan Bisu”
Rita dalam pada itu, Rita turut menyifatkan individu yang membisu dan hanya menjaga diri sendiri umpama syaitan yang bisu yang sanggup melihat penderitaan orang lain asalkan diri tidak mendapat tempias.
“Pada saya, orang yang membisu dan hanya menjaga diri sendiri adalah orang yang selfish dan umpama syaitan bisu ..Sanggup tengok penderitaan orang lain asalkan diri tak terkena tempias.” katanya lagi
Di akhir penjelasannya, Rita memberitahu bahawa dia boleh duduk di rumah berdiam diri dan hanya melihat kesusahan dan masalah orang lain kerana ia tidak akan menjejaskan kehidupannya.