22.3 C
Malaysia
Saturday, October 5, 2024
[the_ad id="14542"]

Latest Posts

Rita Rudaini Dedah Netizen Anggap Anak-Anak Bernasib Malang Punyai Ibu Enggan Divaksin

Pelakon jelita, Rita Rudaini tampil bersuara selepas anak-anaknya dikatakan mempunyai nasib yang malang kerana mempunyai seorang ibu yang tidak mengambil vaksin.

Anak-Anak Dituduh Malang

Menerusi Insta Stories, Rita  berseloroh kononnya bersetuju atas tuduhan orang ramai mengenai nasib dua anak lelaki nya itu.

“Depa dok kataa..Malang sungguh nasib Ryan dan Arjuna dapat mak bodo tak cucuk vaksin.

Tu lah betul laa..”-tulis Rita

Rita Bersyukur Tidak ‘Serahkan’ Anak-Anak Untuk ‘Ujikaji’

Tambahnya lagi, dia akui rasa bernasib baik kerana tidak divaksin selain menjadikan anak-anak sebagai bahana ujikaji medium pencegah COVID-19

“Nasib baik Tuhan jadikan sisturr seorang mak yang bodo tak serah badan dan anak-anak untuk ujikaji.”- katanya

Syukur Menjadi ‘Bodoh’

Di kesempatan itu, Rita atau nama penuhnya Rita Rudaini binti Mokhtar menitipkan rasa syukur kerana dipilih menjadi seorang insan yang masih ‘bodoh’ berikutan dirinya masih enggan menerima vaksin sehingga ke hari ini.

“Sisturr syukur jadi bodo betholl”- katanya lagi

Terdahulu, Rita bersetuju apabila Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mencadangkan beberapa sektor diperketatkan sekiranya berlaku peningkatan kes COVID-19. Rita menyatakan bahawa pihak terlibat telah memperkenalkan terlalu banyak sistem namum tetap berbangga meskipun berada di rumah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

[the_ad id="14544"]

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.