Bekas personaliti televisyen, Puan Sri Normala Samsudin tampil meluahkan rasa khuatir terhadap segelintir pihak yang terlibat dalam menjalankan kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. Ia berikutan mereka dikatakan tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan.
Normala Bimbang
Menerusi Insta Stories, Normala meluahkan rasa bimbang terhadap segelintir pihak yang terlibat tidak mengikut SOP yang telah ditetapkan. Malah, ada diantara mereka hanya memakai topeng pelitup muka di dagu dan bersalam-salaman tanpa rasa khuatir dengan jangkitan wabak COVID-19.
“#PRNJOHOR22. Risau dengan orang kempen tak ikut SOP ni, Mask sangkut dagu, salam-salam, peluk-peluk. Macam mana kes tak naik melonjak lagi..?”-Luah Normala
PRN Bermula
Untuk rekod, memetik laporan Berita Harian Online (BHOnline) PRN Johor membabitkan 56 kerusi DUN dan seramai 2,574,835 pengundi biasa daripada keseluruhan 2,597,742 pengundi berdaftar, layak mengundi. Tempoh berkempen secara rasminya bermula pada 26 Februari dan akan berakhir pada jam 11.59 malam, 11 Mac ini.