24 C
Malaysia
Saturday, November 30, 2024
[the_ad id="14542"]

Latest Posts

Rindu Bella? Aliff Aziz Imbas Kembali Detik Perkahwinan

Hampir sebulan berlalu sejak kes perceraian pasangan selebriti Aliff Aziz dan Bella Astillah dilaporkan. Tidak menyimpan dendam antara satu sama lain, kedua-dua nya kini meneruskan kehidupan masing-masing disamping membesarkan anak mereka, Ayden Adrean.

Muat Naik Gambar Perkahwinan 

Meskipun sudah berpisah, semalam Aliff mengimbas kembali detik bahagia saat dia dan Bella diijabkabulkan pada 9 September 2016. Memuat naik gambar perkahwinan mereka, menurut Aliff sejak hari pertama perkenalan mereka, Bella sentiasa memberikan yang terbaik buat nya. Malah dia turut berterima kasih kerana melahirkan seorang anak sebagai tanda cinta mereka.

Berikrar Mahu Jadi Suami Yang Terbaik 

Akui statusnya itu barangkali akan mendapat pelbagai persepsi, namun bagi Aliff kata-kata tersebut ikhlas untuk dikongsi yang dizahirkan dari hatinya. Janjinya lagi, sekiranya diberikan keizinan dan ditakdirkan untuk bersama sekali lagi, Aliff akan menjadi suami dan bapa yang terbaik buat Bella dan anak mereka.

https://www.instagram.com/p/ByxzF-ggdwY/

Menyerahkan segala-galanya kepada Allah, Aliff berharap agar Bella dapat doakan yang terbaik buatnya sepertimana dia turut mendoakan bekas isterinya itu. Perkongsian itu mendapat respon yang pelbagai dari pengikutnya namun rata-rata mendoakan agar kedua-dua akan terus bahagia dengan kehidupan masing-masing.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

[the_ad id="14544"]

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.