Ramai yang tidak tahu bahawa filem The Curse of La Llorona ini diarahkan oleh pengarah yang sama dari filem seram berskala mega, The Conjuring iaitu James Wan.
Buat Penonton Tidak Duduk Diam Kerana Seram!
Apabila sedia maklum mengenai pengarahnya, barangkali penonton boleh menjangkakan elemen dan skala seram yang akan ditonjolkan dalam filem baharunya ini. Jujur kami katakan disaat menonton The Curse of La Llorona ini,adakalanya membuatkan kami ‘berhenti nafas’ seketika dengan elemen seram yang ditampilkan. Malah, watak ‘hantu’ juga berjaya ditunjukkan dengan jelas sekaligus membuatkan penonton merasai keseraman tersebut secara berganda.
Elemen Yang Sudah Dijangka
Biarpun begitu, ada beberapa perkara yang menganggu kami ketika menonton naskhah terbaharu James Wan ini. Antaranya adalah elemem seram yang seperti sudah dijangka akan jalan ceritanya. Peminat sedia maklum bahawa The Nun, The Conjuring dan Annabelle merupakan filemnya yang cukup berjaya. Barangkali kerana terlalu banyak menghasilkan filem seram dan filem kali ini seperti tiada apa yang baharu.
Kedua, suka untuk kami tinggalkan persoalan buat anda, mengapa kebanyakan filem seram Hollywood lebih suka tampilkan watak hantu perempuan lebih kehadapan? Apa pun, filem ini berjaya membuatkan kami menjerit ketakutan sedikit spoiler disini, anda akan lihat filem ini bakal berkait dengan filem seram terdahulu dimana Annabelle bakal ‘membuat penampilan khas’.
Sinopsis The Curse of La Llorona
Misteri 1970-an kembali lagi! Apabila hantu yang disebut berzaman-zaman,La Llorona kini berpeleseran di waktu malam mencari mangsa terutamanya kanak-kanak. Seorang pekerja kebajikan turut menjadi mangsa bersama anak-anaknya apabila La Llorona ingin menghantui mereka. Satu-satunya cara untuk menghentikan perbuatan hantu ini adalah dengan mengharapkan bantuan dari bekas Paderi yang pernah terlibat dengan pelbagai insiden mistik.