Tidak dinafikan ramai yang teruja untuk menonton filem sekuel Maleficent : Mistress of Evil selepas kali terakhir filem ini membuat debut pada 2014.
Sinematografi Yang Cantik
Saat ditayangkan secara rasmi di pawagam seluruh dunia pada 17 Oktober, ramai yang memuji jalan ceritanya yang semakin menarik apatah lagi perkembangan watak utamanya Maleficent yang digalas oleh Angelina Jolie.
Berbanding filem pertama, kali ini watak anaknya, Aurora turut dikembangkan dengan lebih besar seiring dengan Maleficent. Ulasan kami mengenai sekualnya, dari segi sinematografi cukup baik apatah lagi kesan bunyinya juga membuatkan penonton kagum seperti babak Maleficent mengepakkan sayapnya.
Watak Prince Philips Yang Lemah
Izinkan kami membuat sedikit ‘spoiler’, dalam Mistress of Evil mungkin penonton akan sedikit kecewa dengan watak Maleficent yang kelihatan lebih lucu dari sebelum dan sedikit sebanyak agak janggal untuk dilihat. Peranan watak pula, terus terang kami agak kecewa dengan lakonan Harris Dickinson sebagai Prince Philips.
Berbanding dengan Brenthon Thwaites, kami beranggapan lakonan Harris agak kayu dan lemah dari penghayatan wataknya.
Kami lebih gemarkan Brenthon dikekalkan sebagai Prince Philips yang tampak lebih maskulin dan berkesan. Apa pun, ianya tidaklah mencacatkan keseluruhan jalan cerita filem ini.
Sinopsis Maleficent: Mistress Of Evil
Lima tahun selepas kejadian Maleficent terdahulu, Puteri Aurora telah menerima lamaran Putera Phillip dan bakal menjadi permaisuri kerajaan tersebut. Walau bagaimanapun, mereka tidak menyedari bahawa ibu putera itu iaitu Permaisuri Ingrith merancang untuk mempergunakan perkahwinan mereka bagi memisahkan pari-pari dan manusia untuk selama-lamanya akibat dendam yang telah tersimpan sejak sekian lama. Adakah mereka bakal berpisah? Saksikan kesinambungannya dalam filem ini!