22.8 C
Malaysia
Saturday, October 5, 2024
[the_ad id="14542"]

Latest Posts

[REVIEW] Jumanji : The Next Level Kelakar Tapi ‘Kurang Menyengat’

Sejak kembali di layar perak, filem Jumanji ternyata masih mempunyai peminatnya tersendiri apatah lagi ‘remake’ pada tahun 2017 menerusi Jumanji : Welcome To The Jungle mencatat rekod yang agak membanggakan. Jika tidak, sudah pasti  sequal kedua filem ini, Jumanji: The Next Level tidak akan dihasilkan yang kini sedang hangat ditayangkan di pawagam seluruh dunia.

Berjaya Mencuit Hati 

Jika dahulu, fokus utama hanya pada 5 watak, kali ini kesemua watak asal dikekalkan dan digabungkan dengan beberapa watak yang baharu. Menariknya mengenai The Next Level, biarpun fokus pada kesemua watak ini, namun setiap daripadanya berjaya mencuit hati penonton sehingga tertawa. Sememangnya melucukan!

Bagi kami, sekiranya dibandingkan filem yang diterbitkan pada tahun 2017 lebih menarik dan menghiburkan kerana aksi yang dipamerkan dan elemen yang menghiburkan dilihat seimbang.

Namun begitu, kami tidaklah menolak kelebihan di dalam The Next Level. Sesuai dengan tajuknya, sekual Jumanji ini sememangya telah dibawa ke ‘level’ yang cukup menghiburkan.

Untuk anda yang ingin ketawa dan menghiburkan hati yang lara, mungkin boleh menonton filem ini. Tetapi bagi kami,lebih menyukai Welcome To The Jungle.

Sinopsis Jumanji : The Next Level

Sekumpulan sahabat karib iaitu Bethany, Fridge dan Martha kembali ke dunia “Jumanji” untuk menyelamatkan rakan mereka, Spencer yang disedut ke dalam permainan video itu. Tidak terkecuali datuk Spencer, Eddie dan rakannya, Milo, turut disedut masuk ke dalamnya.

YouTube video

Kumpulan itu menyedari bahawa permainan video tersebut telah berubah, termasuk avatar mereka yang sudah bertukar. Situasi itu tidak seperti yang mereka jangkakan dan kini mereka perlu mengembara menerusi gurun pasir hingga ke pergunungan salji demi meloloskan diri dari permainan video berbahaya itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

[the_ad id="14544"]

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.