22.5 C
Malaysia
Saturday, November 30, 2024
[the_ad id="14542"]

Latest Posts

[REVIEW] Jalan Cerita Pocong The Origin Penuh Mendebarkan!

Jumaat yang lalu, murai.my dengan kerjasama TGV Cinemas telah mengadakan tayangan awal filem seram dari Indonesia, Pocong The Origin. Tidak terkecuali, bersama-sama kami adalah pembaca yang bertuah bagi sama-sama menjadi yang terawal menonton filem ini sebelum ianya secara rasmi ditayangkan di pawagam TGV berhampiran bermula pada 4 Jun ini.

Seram Dan Mendebarkan!

Mengenai ulasan filem ini, boleh dikatakan sepanjang ianya berlangsung perasaan seram itu akan hadir apatah lagi terdapat beberapa babak yang begitu mendebarkan. Memikirkan ‘hantu pocong’ yang begitu sinonim dengan masyarakat Melayu membuatkan lagi penonton berasa seram menontonnya. Malah kesan bunyi nya juga harus diberikan pujian kerana berjaya memainkan peranan.

Gelap Dan Klimaks Filem Terlalu Lambat

Biarpun begitu, rata-rata penonton akui agak berasa sedikit kecewa dengan kesan cahaya atau latar belakang penggambaran filem ini yang dilihat terlalu gelap. Meskipun ingin mengekalkan suasana gelap dan seram, namun pihak produksi mungkin boleh memikikan untuk tingkatkan kesan cahaya. Selain itu, klimaks nya juga boleh dikatakan agar perlahan kerana ‘hantu’ yang sebenar hanya muncul pada awal dan pengakhiran filem.

Terdapat juga beberapa kelemahan lain  yang agak mengelirukan seperti keadaan hantu yang muncul dimana pada mulanya ianya seperti ‘terbang’ namun tidak lama beberapa ketika hantu tersebut mulai meloncat sama seperti bayangan hantu pocong yang terkenal kerana boleh ‘meloncat’.Secara keseluruhan, filem ini sememangnya mendebarkan!

Sinopsis

YouTube video

Ananta (Surya Saputra), pembunuh berprofil tinggi telah dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah meninggalkan puteri nya, Sasthi (Nadya Arina).  Sebelum meninggal, Ananta telah berwasiat pada Sasthi agar jenazah nya harus dikebumikan di kampung halaman. Kettika dalam perjalanan membawa jenazah ke kampung halaman, Sasthi yang turut ditemani pegawai penjara, Yama (Samuel Rizal) telah diganggu dengan pelbagai kejadian mistik sehingga membuatkan proses pengebumian Ananta terganggu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

[the_ad id="14544"]

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.