22 C
Malaysia
Saturday, October 26, 2024
[the_ad id="14542"]

Latest Posts

[REVIEW] Fast & Furious Presents: Hobbs & Shaw Terselit Gabungan Beberapa Filem?

Filem ‘spin-offFast & Furious Presents: Hobbs & Shaw kini sedang hangat ditayangkan di seluruh pawagam tanah air. Buat peminat siri Fast & Furious sudah pastinya enggan melepaskan peluang untuk menonton filem aksi yang sudah masuk siri nya yang ke-9.

Fokus Pada Dua Watak 

Bezanya filem ini berbanding siri yang terdahulu, kali ini ianya hanya memfokuskan mengenai Hobss dan Shaw yang dilakonkan oleh Dwayne Johnsson ‘The Rock’ dan Jason Statham tanpa kelibat Vin Diesel mahupun aktor-aktor lain. Kami sudah menonton filem ini dan boleh dikatakan Hobss & Shaw padat dengan aksi biarpun adegan kereta yang sinonim dengan franchise Fast & Furious hanya diketengahkan secara minimum.

Gabungan Beberapa Filem

Biarpun begitu, apabila menonton filem ini apa yang kami boleh gambarkan ianya seperti gabungan beberapa filem yang berskala mega di dalam sebuah naskhah. Spoiler alert! Buat anda yang sudah menonton, mungkin boleh kaitkan mengapa kami berkata jalan cerita dan aksi yang dipaparkan seperti gabungan filem The Avengers, Transformers, Tron, Power Rangers dan mungkin juga terselit babak di dalam permainan Grand Theft Auto.

Tiga Mid & Post Credit 

Mungkin akan ada komen-komen dari penonton yang beranggapan aksi-aksi yang ditonjolkan seperti kurang logik namun bagi kami ianya tetap menarik dan kagum! Sudah pasti ianya tidak akan membazirkan masa anda selama lebih dari 2 jam kerana apa yang dijanjikan adalah aksi di skala maksima. Untuk anda yang belum menonton, pastikan anda menunggu sehingga ke penhujung filem kerana terdapat tiga mid & post credit akan ditunjukkan.

Sinopsis Fast & Furious Presents: Hobbs & Shaw

Dua tahun selepas kejadian dalam “Fast and Furious 8”, ejen Servis Keselamatan Diplomatik Luke Hobbs dan bekas ahli SAS yang menjadi pembunuh upahan Deckard Shaw mendapati mereka terpaksa bekerjasama walaupun tidak suka akan satu sama lain.

YouTube video

Mereka perlu bersatu untuk menumpaskan seorang anarkis siber-genetik hebat, Brixton, yang telah menguasai satu virus berbahaya yang mampu mengubah masa depan manusia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

[the_ad id="14544"]

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.