Semalam sebuah tayangan awal filem seram berjudul Guest telah diadakan di GSC Paradigm Mall hasil kerjasama murai.my dan GSC Movies. Tidak keseorangan disitu kami turut ditemani oleh 70 orang pembaca bertuah kami!
Filem Rusia Yang Telah Dialih Bahasa
Filem Guest merupakan filem yang berasal dari Rusia. Disaat kami menonton trailer nya sudah terasa terdapat sesuatu yang pelik dimana pertuturan para pelakon tidak sama dengan pergerakan mulut. Ternyata telahan kami benar kerana filem Guest telah dialih bahasa ke bahasa Inggeris. Di situ, ‘markah penuh’ filem ini sudah pun dipotong kerana tidak menunjukkan bahasa yang sebenar. Jika mereka memikirkan bahasa merupakan satu masalah, mengapa filem Thailand dan Turki masih boleh dikekalkan bahasanya dan elemen seram tersebut masih boleh dirasai bukan?
Sinopsis Guest
Sedikit tentang sinopsis filem ini. Filem Guest berkisarkan mengenai 5 orang remaja yang ingin berparti di sebuah rumah terbiar.
Tanpa menyangka rumah tersebut sebenarnya berpenghuni, tuan rumah yang asal telah muncul dan memberi amaran kepada mereka untuk meninggalkan rumah itu.Mengendahkan amaran tersebut, remaja-remaja ini terus berparti namun salah seorang daripada mereka sedar akan kewujudan entiti yang tidak diundang dalam rumah itu.
Jalan Cerita Sedikit Perlahan
Jadi apa yang anda boleh jangkakan untuk filem Guest ini? Semestinya elemen seram yang ditonjolkan namun bagi kami ianya seakan kurang menyerlah kerana jalan ceritanya agak sedikit perlahan dan babak ‘suspen’ hanya muncul di pertengahan filem.
Tidak dinafikan unsur jump scare menyelamatkan cerita ini namun sekiranya diletakkan di skala maksimum sudah pasti kami akan letakkan Guest dalam senarai wajib tonton.
Apa pun, filem Guest tetap sebuah filem yang seram untuk ditonton. Kami beri rating 2.5/5 kerana jalan ceritanya tiada ‘wow factor’ dan tidak keterlaluan jika kami katakan jalan ceritanya agak sedikit cliche. Untuk anda yang ingin menonton filem ini ianya akan ditayangkan serentak bermula pada 18 Julai ini diseluruh pawagam GSC berhampiran.