Mengejutkan! Itulah yang boleh digambarkan apabila pelakon Remy Ishak memuat naik sebuah kenyataan berunsurkan amaran menerusi Insta-Story nya.
Remy Beri Amaran
Dalam perkongsian tersebut, Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei bin Ishak,37 memberi amaran dipercayai ditujukan buat sesetengah individu. Tegas Remy dia akan mengambil tindakan selanjutnya jika terdapat perkara yang buruk berlaku kepada keluarganya akibat perbuatan sihir.
Beri Bayangan
Menerusi perkongsian seterusnya, pelakon popular itu turut memberi bayangan seakan mengesahkan perkara tersebut apabila dia memuat naik sebuah foto Al-Quran bersama surah yang tertera merujuk kepada ‘dikhianati’.
Bagaimanapun, melihatkan pada posting di Instagram pula Remy tidak menjelaskan lebih lanjut mengenai perkara yang sebenar telah berlaku dan hanya berkongsi gambar dia di rumah ibunya beberapa hari yang lalu. Apa pun didoakan semoga Remy dan keluarganya berada dalam keadaan baik sahaja.