Terdahulu, menerusi akaun Instagram usahawan kosmetik terkenal yang juga penyanyi, Nur Sajat, kelihatan rakan karibnya Datuk Seri Aliff Syukri bertanyakan padanya mengenai pilihan watak seandainya diberikan watak Hantu Kak Limah, Wan Maimunah,atau Nyi Blorong.
Kenyataan Nur Sajat Dan Aliff Syukri Dikecam
Namun jawab Sajat sambil berseloroh, Aliff seperti sengaja ingin memberi ‘watak keji’ seperti itu padanya kerana mendakwa mukanya tidak layak memegang watak seumpama itu.
“Kenapa watak keji kau bagi. Muka cantik macam Miss Universe, Miss World bagi watak Hantu Kak Limah. Tak ada orang lain ke?”
https://www.instagram.com/p/B1Q5H-FhgUt/
Gara-gara video rakaman tersebut, kedua-dua usahawan selebriti ini dikecam hebat oleh warga net yang menganggap mereka seolah-olah merendahkan martabat dan imej Wan Maimunah dan Dalimawati.
Wan Maimunah Sedih
Dalam pada itu, menerusi perkembangan lain pelakon veteran itu, meluahkan rasa sedih dan terkilannya dengan dengan tindakan Aliff dan Sajat yang seperti sengaja mempermainkan namanya.
https://www.instagram.com/p/B1RMlzugXFL/
Jelas Wan Maimunah yang turut menggelarkan dirinya sebagai ibu kepada peminat-peminat, dia mendapat kiriman video itu daripada seorang kenalannya dan sedih kerana dianggap wataknya selama ini seperti keji.
“Ada yang hantar pada ibu. Rasa sedih nama ibu dipermainkan, menggunakan perkataan keji. Wan Maimunah masih wujud.”
Biarpun terasa dengan sindiran dua usahawan itu, Wan Maimunah turut mengucapkan rasa terima kasih atas doa dan kata-kata ucapan yang diberikan padanya.
https://www.instagram.com/p/B1Shco3goIZ/
Malah dalam posting Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Anugerah Skrin 2018 itu, dia mengharapkan agar pengikutnya dapat mendoakan yang terbaik buatnya kerana percaya ada hikmah disebaliknya.