30.4 C
Malaysia
Saturday, September 14, 2024

Latest Posts

Ras Adiba Berjaya Lalui ‘Lumbar Procedure’, Netizen Titip Doa

Ahli Dewan Negara, Ras Adiba Radzi membuat perkongsian di media  sosial mengenai keadaan terkininya setelah berjaya menjalani lumbar procedure di sebuah hospital swasta baru-baru ini.

Berada Di ICU Selama 2 Hari

Perkara itu dikongsi menerusi kenyatan di Instagram Ras Adiba yang menyatakan beliau yang berada di ICU selama dua hari dan dijaga dengan baik oleh suami dan ahli keluarga.

“Senator Ras Adiba masih belum keluar selepas berjaya melalui proses lumbar, kerana dia mengalami reaksi anaphylaxis. Dia kini berada di ICU selama 2 hari tetapi dirawat dengan baik oleh pasukan Hospital KPJ.”-kenyataan di Instagram Ras Adiba

Masih Belum Terima Tetamu

Dalam pada itu, atas nasihat doktor, tiada tetamu yang dibenarkan untuk menziarahi beliau ketika ini.

“Terima kasih di atas doa buat Senator Ras Adiba. Namun di atas nasihat Doktor, tiada tetamu dibenarkan untuk menziarahi beliau ketika ini.”-Kenyataan Ras Adiba di Instagram

Netizen Titip Doa 

Di ruangan komen, rata-rata netizen tampil menitipkan doa buat Ras Adiba agar diberikan kesembuhan dengan cepat.

“Semoga sihat kembali. Aamin.”

“Semoga Allah permudahkan semuanya.”

“Speedy recovery beautiful soul.”

“Semoga semuanya dipermudahkan dan beliau cepat sembuh. Aamin.”

Kami di Murai MY turut mendoakan agar Ras Adiba diberikan kesembuhan dengan cepat dan dipermudahkan segala urusan.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, Lumbar Puncture adalah merupakan satu prosedur kesihatan. Ia tidak melibatkan sebarang pembedahan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.