Pengacara Malaysia Hari Ini (MHI), Nazrudin Habibur Rahman atau lebih mesra disapa sebagai Naz tampil mempersoalkan sedutan rakaman video program bual bicara klip yang tular di media sosial berkaitan isu melibatkan pelakon Raja Farah.
“Tapi Sekarang Baru Pickup?”-Nazrudin Rahman
Menerusi laman Twitter, pelakon dan pengacara ini mempersoalkan mengapa ia baru ditularkan sedangkan program tersebut sudah lama ditayangkan.
“Bukan klip baru, dah lama tayang, tapi sekarang baru pickup?-Soal Naz
Beri Pesanan Kepada ‘Si Strategist’
Di kesempatan itu, Naz turut memberikan pesanan terhadap mereka yang digelarkannya sebagai ‘si strategist ‘yang merasakan ianya publisiti baik untuk rancangan atau saluran. Jelasnya perancangan tersebut hanya akan membuatkan program tersebut terus dikecam oleh orang ramai.
“Kepada si strategist yang rasa, this is good publicity for the show or channel..this is suicide wei memang minta kena cancel.”- katanya
Perbincangan Rogol Bukan Satu Hiburan
Kongsi Naz lagi, dia akui tidak sanggup untuk retweet klip tersebut dan menyifatkan bahawa perbincangan rogol bukan satu hiburan.
“Saya tak sanggup RT the clip. Rape talk BUKAN hiburan, wake up!”- tegasnya
Terdahulu, Raja Farah dan suami tampil memberikan kenyataan setelah pelakon Fauzi Nawawi menceritakan pengalamannya untuk menjayakan babak merogol Farah dalam filem Anak Halal. Suami kepada pelakon itu turut menyifatkan rakaman yang disiarkan di sebuah stesen televisyen itu sebagai tidak menjaga aib dan kehormatan wanita.