Penyingkiran penyanyi Dato Fazley Yaakob dalam program Gegar Vaganza 8 (GV8) pada minggu lalu bukan sahaja memberi kesan kepada peminat malah rakan seperjuangan, Upiak Isil turut merasainya.
Upiak Terlalu Sedih
Menerusi sebuah video yang dikongsi oleh Fazley di laman Instagram miliknya pada Selasa, kelihatan Upiak atau nama sebenarnya Silvia Nanda menangis teresak-esak usai berakhirnya konsert minggu keempat itu.
Menurut Fazley, Upiak begitu sedih dengan penyingkirannya kerana hubungan mereka terlalu akrab seperti abang dan adik. Malah, Upiak juga sering mengadu nasib kepadanya berikutan dia tidak mempunyai saudara mara mahupun kenalan rapat di Malaysia. Susulan itu, Fazley dan ibunya, Datin Umi Kalsom cuba menenangkan Upiak yang sedang bersedih.
“Kenapa Upiak menangis? Sebenarnya kami sangat akrab sepanjang pertandingan. Kerana beliau tidak ada saudara mara dan kenalan rapat di sini, jadi sayalah tempat untuk Upiak berkongsi suka dan duka setiap hari. Kebetulan pula kampung Upiak di Bukit Tinggi bersebelahan kampung asal usul ibu saya di Pagaruyung. Sudah tentulah banyak titik persamaan diantara kami berdua” kata Fazley
Fazley Simpati
ambah Fazley lagi, dia akui lebih terkesan dan simpati melihat Upiak ketika itu berbanding penyingkirannya. Redha dengan keputusan tersebut, Fazley menerimanya dengan hati yang terbuka selain menitipkan doa buat Upiak.
“Saya lebih terkesan melihat rintihan dan tangisan Upiak malam itu berbanding penyingkiran saya sendiri. Saya pun terima segalanya dengan hati sangat terbuka. Apabila kita mengatur, Allah akan menyusun dengan lebih baik. Adindaku Upiak, Abang sentiasa mendoakan kekuatan dan kejayaan Upiak. Selamat berjuang!” katanya lagi
Sebagai info, Fazley yang mendendangkan lagu asal Dato Hattan berjudul Mahligai Syahdu menjadi peserta GV8 yang kedua tersingkir apabila memperoleh markah terendah iaitu 50.00%. Manakala Upiak menduduki kedudukan kedua terakhir dengan perolehan markah sebanyak 50.50%