Semalam, pengarah tersohor negara Ahmad Idham Ahmad Nazri telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) yang berkuat-kuasa serta merta.
CEO FINAS Selama Dua Tahun
Berita tersebut turut disusuli dengan ucapan tahniah dari penggiat industri. Sebagai rekod, Ahmad Idham memiliki Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan mempunyai kepakaran serta pengalaman dalam industri kreatif sebagai pelakon, pengarah dan penerbit selama lebih dari 25 tahun. Namun begitu, di media sosial terdapat pula segelintir pihak yang seolah-olah tidak berpuas hati apabila Ahmad Idham dilantik sebagai CEO yang baru selama dua tahun.
Ramai Yang Tidak Puas Hati?
Selain sindiran yang meragui akan lantikan yang diumum oleh Yang Berhormat, Menteri Komunikasi & Multimedia Malaysia Gobind Singh Deo sebahagian pengguna media sosial turut mempersoalkan kredibiliti pengarah filem itu.
Malah pelakon popular, Namron turut menyuarakan pandangannya mengenai lantikan tersebut. Baginya, dia merasakan lantikan tersebut merupakan satu jarak pengukur untuk lebih giat berusaha dalam menghasilkan sesebuah karya.
Ahmad Idham Ajak Bincang
Dalam pada itu, menerusi laporan sebuah portal hiburan pula memberitahu Ahmad Idham enggan mengambil pandang akan kritikan netizen terhadapna. Menurutnya, keputusan terbabit tidak boleh dipertikaikan selagi dia belum menjalankan tugasnya.
“Siapa mereka untuk mempersoalkannya? Setakat ini, hampir semua orang di dalam industri telah memberi kata-kata yang menyokong saya.
“Saya lebih melihat ini sebagai agenda politik sahaja kerana saya tidak mengenali mereka dan tidak tahu bagaimana hendak respon terhadapnya.
“Bagaimana mereka boleh mempersoalkan kredibiliti saya sedangkan saya belum menjalankan tugas ini pun lagi.
“Pada saya mudah sahaja jika tak puas hati, datang jumpa saya. Kita boleh berbincang secara professional kerana konsep saya adalah mahu lebih telus dan lebih bersikap keterbukaan,”
Apa pun tahniah diucapkan buat Ahmad Idham! Semoga dengan lantikan ini dapat memberi nafas baru buat industri filem tanah air.