Industri hiburan pagi ini menerima satu perkhabaran yang mendukacitakan apabila penyanyi popular, Siti Sarah Raissuddin meninggal dunia akibat jangkitan wabak COVID-19.
Meninggal Dunia Jam 5.13 Pagi
Isteri kepada pelakon dan pelawak Shuib Sepahtu itu, menghembuskan nafasnya yang terakhir pada jam 5.13 pagi tadi selepas di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia, di sini selepas bertarung nyawa sejak Rabu lalu.
Rakan Selebriti Titip Doa Buat Siti Sarah
Di media sosial kini, kebanyakan hantaran dibanjiri dengan muatnaik ucapan takziah oleh rakan-rakan selebriti dan peminat buat Shuib sekeluarga selain turut mendoakan roh Allahyarhamah ditempatkan dikalangan orang yang beriman.
Sebagai info, Sarah telah melahirkan anak bongsunya, Ayyash Affan dua bulan lebih awal pada 6 Ogos 2021 secara pembedahan bagi mengelakkan lebih banyak risiko berikutan dijangkiti wabak berkenaan.
Industri seni kehilangan satu bintang yang cukup berharga. Terima kasih Siti Sarah Raissuddin kerana menghiburkan kami selama ini dan terima kasih juga atas sokongan yang diberikan kepada kami di Murai.my. Selamat jalan Sarah kepada Maha Pencipta, semoga rohmu dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Salam takziah buat Shuib sekeluarga. Al-Fatihah