Pelakon jelita, Datin Seri Umie Aida tampil memberikan ulasan terhadap isu orang ramai yang menitipkan harapan agar Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri menepati janji untuk tidak melaksanakan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan sekatan untuk pulang ke kampung bagi sambutan Aidilfitri kelak.
“Jangan Mengharap Janji Manusia”-Umie Aida
Menerusi perkongsian di Insta Stories, Umie menitipkan pesanan untuk tidak mengharap kepada janji manusia kerana khuatir akan dikecewakan.
“Jangan pernah mengharap janji manusia..Kerana pasti akan dikecewakan.”- tulis Umie
Tambah Umie lagi, dia menyeru orang ramai untuk berpegang dengan janji Allah dan sama-sama berdoa agar wabak Covid-19 dapat dihapuskan.
“Peganglah janji Allah itu pasti dan mengharap hanya padaNya. Sama-sama kita berdoa Allah angkat wabak ini. Aamin.”- katanya lagi
Rakyat Mohon PM Tepati Janji Tidak Laksana PKP
Dipetik dari laporan Sinar Harian, orang ramai mengharapkan supaya Ismail menepati janji dengan tidak melaksanakan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan sekatan untuk tidak pulang ke kampung bagi sambutan Aidilfitri seperti yang dimaklumkan sebelum ini.
Ia berikutan kes harian Covid-19 terus melonjak kepada 11,034 pada Isnin, berbanding 10,089 pada Ahad, sekaligus mencatatkan kes harian tertinggi dilaporkan sejak PKP dilonggarkan bermula Oktober tahun lalu.