26.3 C
Malaysia
Friday, September 20, 2024
[the_ad id="14542"]

Latest Posts

Rai Ulang Tahun Perkahwinan Ke-9, Che Ta Seloroh Adakah Masih Sempat Beri Adik Kepada Aaisyah

Baru-baru ini, pelakon dan usahawan jelita, Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa sebagai Che Ta sekali lagi naik pelamin ketika menyambut ulang tahun perkahwinannya bersama pelakon kacak, Zain Saidin dalam satu majlis besar-besaran di Glamhall Damansara, Selangor.

Rakan Baik Hadiahkan Majlis Gilang Gemilang

via Instagram Anas Zahrin

Menerusi foto yang dimuatnaik di Instagram,Che Ta yang menggayakan persalinan maroon rekaan Man Kajang mengucapkan terima kasih buat rakan baiknya, Anas Zahrin yang telah menghadiahkan majlis gilang-gemilang kepadanya dan suami.

“Kami nak ucapkan terima kasih buat sahabat dan juga adik tercinta @Anas Zahrin kerana menghadiahkan majlis yang kami kira sangat gemilang.

Hubungan persahabatan dari bekerja bersama sehingga menjadi sebahagian keluarga selama 12 tahun dengan Anas sangat kami hargai.”-Kata Che Ta

Sempat Seloroh Mahu Beri Seorang Adik Kepada Aaisyah

Apa yang mencuri perhatian ramai, Che Ta sempat berseloroh sama ada dia masih mempunyai masa untuk memberikan seorang adik kepada anak perempuannya, Aaisyah Dhia Rana.

“My family..Sempat dakk Aaisyah nak ada adik satu lagi agak agak? 😝.”-Seloroh Che Ta

via Instagram Rozita Che Wan

Netizen Luah Rasa Teruja

via Instagram Rozita Che Wan

Tinjauan Murai MY di ruangan komen mendapati rata-rata netizen meluahkan rasa teruja dengan kapsyen Che Ta malah ada yang berseloroh agar Che Ta ‘jangan sia-siakan baka yang elok’.

“Tolong la proceed @rozitachewan1. Jangan sia-siakan baka yang helok. Ramaikan lagi rakyat Malaysia yang cantik-cantik, handsome.”

“Sempat Cik Ta lagi 1.”

“Yayyy..sempat sangatt.”

“Sempattt.”

via Instagram Rozita Che Wan

Sekadar info, Rozita Che Wan telah mendirikan rumah tangga bersama Zain Saidin pada Disember 2013. Pasangan ini dikurniakan seorang anak perempuan, Aaisyah Dhia Rana yang kini sudah berusia 9 tahun.

Rozita Che Wan juga mempunyai dua orang anak lelaki daripada perkahwinan terdahulu iaitu Ammar Affendy dan Aniq Ezzra.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

[the_ad id="14544"]

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.