Pelakon, Puteri Sarah Liyana tampil menjawab soalan peminat mengenai tindakan undang-undang yang diambil terhadapĀ Ira Kaza yang menjadi punca rumah tangganya bersama pengarah dan pelakon terkenal, Syamsul Yusof yang sedang dilanda badai sewaktu berkongsi pautan Ask Me A Question di Instagram.
Dalam soalan itu, ada yang bertanyakan adakah Puteri Sarah menangguhkan proses saman terhadap Ira Kaza disebabkan tidak mempunyai bukti yang cukup.
āBila nak saman pihak belah sana, dengar cerita u tangguh-tangguhkan sebab u takde bukti betul ke sis.ā-Soal peminat
Jangan Dengar Cerita Yang Tidak Sahih
Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin kemudian menitipkan pesanan agar tidak mendengar berita yang tidak sahih dan mengakui proses mengambil peguam sememangnya memerlukan masa.
āJangan dengar cerita yang tak sahih. Yang cerita tu lawyer atauĀ makcik bawang?
Bila kita pakai lawyer memang ambil masa bukan harini call lawyer esok masuk court.ā-Jelas Puteri Sarah
Tidak Akan Saman Jika Tiada Bukti Yang Cukup
Tambahnya lagi, dia turut menjelaskan bahawa jika dia tidak mempunyai bukti, untuk apa dia sibuk mahu menyaman wanita yang telah mengganggu rumah tangganya itu.
āIf takde bukti buat apa lah i sibuk nak saman.ā-kata Puteri Sarah
Sekadar info, nama Puteri Sarah Liyana menjadi perhatian selepas mendedahkan identiti wanita yang telah menjadi āpenghancurā sehingga menyebabkan rumah tangganya bersama Syamsul Yusof bergolak.
Selain itu, Puteri Sarah mendedahkan bahawa wanita itu telah menganggu kesihatan mentalnya sejak 2019 dan menyebabkan dia dan suami sudah tidak lagi tinggal sebumbung.