Pencetus Ummah (PU) Syed menegur tindakan jutawan kosmetik, Dato Seri Vida (DSV) membuat muzik video (MV) lagu terbaharunya, Ku Ikhlaskan yang kini mencapai lebih dari 1 juta tontonan.
Perbelanjaan MV Boleh Tampung Kos Pusat Tahfiz
Menurut pendakwah bebas itu, kos MV tersebut yang menelan perbelanjaan sebanyak RM400 ribu boleh digunakan untuk menampung perbelanjaan pusat Tahfiz Vida. Malah, dengan aset kekayaan yang dimiliki Vida juga dikatakan sudah cukup untuk mendirikan pusat tahfiz tersebut.
“RM 400k untuk video klip sahaja..alangkah bagusnya dana sebesar itu terus digunakan untuk Tahfiz DS.
“Saya rasa kekayaan yang DS ada sudah cukup untuk menampung Tahfiz yang DS dirikan di Meru itu..tempat yang elit dan sangat mewah.” kata PU Syed
Nasihat Vida
Jelas PU Syed, sekiranya Vida tidak menaja program-program berunsurkan hiburan di sebuah stesen televisyen, sudah pasti dia mempunyai perbelanjaan mencukupi. Selain mempertikaikan tujuan MV tersebut diadakan, pendakwah itu turut menasihati Vida untuk menggunakan kekayaan yang dimiliki untuk tujuan kebaikan.
“Saya yakin dengan kekayaan yang DS ada, tanpa perlu menaja program-program lagha dalam Astro dan sebagainya itu, sudah lebih dari cukup untuk menampung Tahfiz DS.
“Saya tak sempat fikir..apa tujuan sebenar video klip tersebut melainkan semata-mata marketing sahaja..
“Gunakanlah duit dan harta yang ada untk kebaikan ummah..sebab setiap sen yang kita milik itu akan disoal oleh Allah..
“Dari mana kita dapat, dan kemanakah kita belanjakannya..” katanya
Terdahulu, PU Syed memuatnaik sebuah video menegur tindakan Vida secara terbuka. Sejak dilancarkan, MV Ku Ikhlaskan daripada Vida mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Dedah Vida, penghasilan lagu tersebut merupakan usaha untuk mengumpul dana bagi menyiapkan pusat tahfiz miliknya di Ipoh, Perak.