Sejak kebelakangan ini, peserta rancangan realiti tv berbentuk dakwah yang dikenali sebagai Pencetus Ummah (PU) menjadi perhatian ramai apatah lagi pada minggu lalu salah seorang daripada mereka iaitu PU Abu mencetuskan kontroversi dengan menceraikan isterinya yang sedang sarat mengandung.
Gelarkan BTS Sebagai Syaitan
Terbaharu, PU Syed pula menjadi perhatian apabila segelintir peminat fanatik artis Korea (K-Pop) terutamanya peminat BTS bertindak ‘menyerang’ laman Instagram pendakwah bebas itu.
Segalanya tercetus apabila PU Syed telah berkongsi keratan akhbar mengenai negara Rusia yang mengharamkan konsert BTS kerana menganggap kumpulan itu seolah-olah seperti kaum sejenis. Malah pendakwah muda itu turut menggelarkan kumpulan itu seperti ‘syaitan’ sekaligus mencetuskan perdebatan hebat dilaman Instagram nya.
Tetap Dengan Pendirian
Selepas dikecam oleh peminat-peminat K-Pop, PU Syed turut memuatnaik kenyataan susulannya berkenaan insiden tersebut.
Bertegas dengan pendiriannya sebelum ini, menurut pendakwah itu dia membuat teguran tersebut kerana melihat peminat-peminat kumpulan ini seolah-olah terlalu taksub dan memberi kesan kepada akhlak dan nama baik agama sendiri. Biarpun begitu, ramai yang tidak menyenangi cara teguran yang dibuat PU Syed kerana beranggapan ianya seperti terlalu kasar.