Baru baru ini pakar epidemiologi dan felo kanan di Persekutuan Saintis Amerika (FAS), Dr Eric Feigl-Ding menerusi beberapa ciapan dikongsi beliau di Twitter menunjukkan virus Covid-19 baharu, Omicron mungkin lebih berbahaya. PU Syed turut tampil memberikan komen di akaun Instagram miliknya mengenai isu ini.
Varian Baharu Covid-19
Menurut Sinar Harian, Varian baharu Covid-19 yang dinamakan sebagai Omicron berkemungkinan 500 peratus lebih berjangkit berbanding Delta. Virus mutasi ini juga mempunyai lebih dua kali ganda jumlah ‘mutasi lonjakan jahat’ berbanding virus Delta.
Proksi Dajjal
PU Syed turut memberikan respon terhadap berita mengenai varian baharu tersebut di halaman Instagram miliknya. Baginya varian baharu yang bermutasi ini merupakan proksi dajjal yang bertujuan untuk mengkayakan syarikat syarikt vaksin dengan mengadaikan nyawa manusia lain.
https://www.instagram.com/p/CWxpL1hvAWS/
Mendapat Respon Dari Netizen
Perkongsian dari PU Syed tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Rata-ratanya bersetuju dengan PU Syed dengan mengatakan masih ramai yang tidak nampak mengenai isu ini.
Dalam pada itu, ada juga yang tidak beretuju dengan pendapat PU Syed tersebut dengan menasihati PU Syed berhati-hati membuat kenyataan untuk elakkan jatuh fitnah.