Semalam, menerusi sebuah sidang media yang diadakan polis telah mengesahkan pihak mereka sudah menerima tujuh laporan terhadap seorang penyanyi yang juga penceramah bebas.
Mangsa Berusia 22 Hingga 26 Tahun
Ketika ini, suspek ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung kes rogol.Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata semua mangsa berusia antara 22 hingga 26 tahun termasuk seorang guru dan kertas siasatan dibuka mengikut beberapa seksyen termasuklah dua siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.
“Satu kertas siasatan pula dibuka mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan iaitu melakukan seks luar tabii dan selebihnya di bawah Seksyen 354 kanun sama iaitu mencabul.
“Semua mangsa berusia antara 22 hingga 26 tahun,” katanya pada sidang media di Bukit Aman semalam
3 Cara Mangsa Terpedaya
Dalam pada itu, siasatan mendapati terdapat beberapa ‘cara’ yang digunakan oleh suspek untuk mempergunakan mangsa sebelum melakukan perbuatan terkutuk itu dan pihak polis telah menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat kes melibatkannya.
- Menggunakan kedudukannya dan namanya yang dikenali ramai dengan mengajak mangsa keluar
- Berkenalan dengan mangsa menerusi mesej peribadi di laman Instagram sebelum mempelawa mereka untuk keluar makan dan berkenalan
- Memperdaya dan memerangkap mangsa untuk dibawa ke rumah
Untuk rekod, suspek dikenali ramai setelah menyertai sebuah rancangan realiti keagamaan pada 2016 sebelum popular sebagai penyanyi dan pelakon.