Bekas pengacara Salam Bollywood yang juga isteri kepada Ahli Parlimen Padang Rengas Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, Datin Seri Haflin Saiful mendedahkan dirinya kini telah menerima vaksin di Perancis.
Sedar Kepentingan Vaksin
Menerusi sebuah hantaran yang dimuatnaik di laman Insta-story nya, Haflin berkata dia menyedari akan kepentingan vaksin kepada masyarakat selepas beberapa lokasi di Eropah hanya menerima pelanggan mahupun pengunjung yang divaksin sahaja.
Terima Dua Dos Moderna
Kongsi Haflin lagi, dia juga sudah menerima dua dos vaksin COVID-19 jenis Moderna biarpun Eropah hanya mewajibkan rakyatnya menerima satu dos suntikan. Jelasnya, dia membuat persiapan awal sekiranya bakal ke United Kingdom, England kelak kerana negara itu meletakkan syarat dua dos suntikan vaksin sekiranya ingin berada di sana.
“Berada di Eropah membuatkan saya sedar akan kepentingan program vaksin, saya boleh ke kafe, restoran dan muzium. Tetapi, baru-baru ini saya mendapat suntikan Moderna yang kedua walaupun saya tidak memerlukannya kerana negara Eropah hanya mensyaratkan satu dos suntikan vaksin COVID-19. Tetapi tidak bagi United Kingdom(UK), kerana mereka mensyaratkan wajib mengambil dua dos suntikan. Sebagai persiapan awal sekiranya saya perlu ke UK. Harap info ini akan berguna” – tulis Haflin
Terdahulu, nama Haflin hangat diperkatakan di media sosial berikutan dirinya enggan menerima vaksin biarpun suaminya telah disahkan positif COVID-19.
Pengakuan itu dibuat Haflin menerusi komen balas pertanyaan daripada salah seorang pengikutnya.