Nama usahawan selebriti terkenal, Datin Vivy Yusof sebelum ini pernah menjadi perhatian selepas syarikat miliknya The dUCK Group dikatakan telah meniru idea beberapa jenama usahawan seperti Soonaru dan Inner Valley. Terkini, Vivy membincangkan mengenai ‘toksik’ yang berlaku dalam media sosial.
Ramai Pihak Mahu Menjatuhkan Orang Lain
Menerusi posting di Instagaram, Vivy menyatakan dia telah menunjukkan kepada rakan beberapa komen yang menyakitkan hati mengenai dirinya. Jelas Vivy, dia tidak menolak apabila perniagaan semakin berkembang semakin ramai pihak yang ingin menjatuhkan orang lain.
“Salah satu perkara yang kami bincangkan mengenai toksik di media sosial. Saya menunjukkan kepadanya beberapa komen menyakitkan mengenai saya. Sebelum anda rasa bimbang (Ibu, saya tahu anda sedang membaca), ia bukanlah perkara besar dan saya sudah terbiasa dengannya. Apabila perniagaan berkembang, lebih ramai orang akan mahu menjatuhkan anda. #realiti”- luah Vivy
Digelar Anjing & Perempuan Murahan Oleh Netizen
Deda Vivy lagi, sebelum ini dia pernah digelar sebagai anjing, dan perempuan murahan oleh netizen malah ada yang mendoakan anak-anaknya akan kelemasan di dalam sungai.
“Mereka berkumpul bersama seperti pembuli. Beberapa komen yang dilemparkan kepada saya sebelum ini adalah seperti ‘anjing’, ‘perempuan murahan’ dan ‘saya harap anak-anak anda lemas dalam sungai’ dan ianya agak menakutkan betapa gelapnya masyarakat.”- dedahnya lagi
Pernah Tampil Pertahankan Diri
Selain itu, pemilik The dUCK Group ini turut menceritakan bahawa dia pernah tampil untuk mempertahankan diri kerana terdapat banyak fitnah mengenainya. Namun, sebaliknya dia diminta oleh sesetengah pihak untuk berdiam diri.
“Pernah suatu ketika saya mempertahankan diri kerana sudah cukup terlalu banyak kebohongan disebarkan mengenai diri saya. Bagaimana anda hanya berdiam diri dengan banyak fitnah? Saya menunjukkan resit e-mel dan fikir isu itu akan dihentikan.
Hanya mengetahui itu adalah satu kesilapan besar kerana saya sebaliknya diberitahu untuk diam dan pergi mati. Orang ramai tidak mahu kebenaran, mereka mahu drama.”- katanya
Bagaimanapun, Vivy bersyukur kerana masih mempunyai kehidupan dan perniagaan yang baik. Malah, keluarga juga yang sangat menyayangi dirinya selain dikelilingi rakan-rakan yang hebat.