Di laman Twitter ketika ini, hangat memperkatakan mengenai satu pendedahan yang dibuat oleh seorang netizen yang mana mendakwa salah seorang anggota K-Clique, Gnello telah cuba menjalinkan hubungan sulit dengan bekas kekasihnya.
Pernah Menginap Bersama Di Sebuah Hotel
Menurutnya, ketika mereka masih bersama, Gnello sering kali menghantar mesej-mesej intim kepada kekasihnya itu. Malah lebih mengejutkan, Gnello dan gadis itu pernah bermalam di sebuah hotel sekitar ibu kota.Kononnya, gadis tersebut ke hotel itu kerana ingin mendengar luahan kisah dari Gnello.
Menerusi perkongsiannya itu, netizen tersebut turut mendedahkan bahawa beberapa ahli kumpulan penyanyi rap itu sering kali menganggu wanita-wanita di Kuala Lumpur.
“Not even surprised lah if budak-budak dorang ni kena expose sebab suka kacau awek KL. ‘Rappers’ en. Duit ada, femes ada. Mana tak cair”
Dalam ruangan komen balas, terdapat juga beberapa komen dari pengguna yang lain mendakwa bahawa Gnello sememangnya seorang ‘kaki perempuan’ dan difahamkan pasangan kekasih itu juga berpisah berpunca daripada penyanyi ini.