27.3 C
Malaysia
Saturday, October 5, 2024
[the_ad id="14542"]

Latest Posts

Pernah Bangga Miliki Aset Rumah Mewah, Nur Sajat Kini Luah Rasa Rindu

Suatu ketika dahulu, usahawan kontroversi Nur Sajat pernah berbangga memiliki pelbagai barangan mewah di banglo miliknya yang terletak di Damansara, Selangor.

Rumah Sajat Tinggal Kenangan 

Malah, kisah mengenai banglo tersebut pernah dipaparkan dalam media dimana Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman mendedahkan rumah tersebut dibeli daripada rakan baiknya yang juga usahawan popular, Dato Seri Aliff Syukri.

Namun begitu, kini semuanya tinggal kenangan apabila Mahkamah Tinggi mengisytiharkan Sajat perlu membawa pampasan sebanyak RM200,000 kepada bekas stokisnya. Cara penyelesaian telah dibuat menerusi lelongan aset Sajat yang disita dua minggu lalu berikutan usahawan itu gagal menjawab atau melunaskan tuntutan tersebut.

Sajat Rindu Rumah 

Dalam perkembangan berkaitan, Sajat pada pagi Selasa memuatnaik sebuah video di Instastory menunjukkan rumahnya beserta kapsyen ringkas menyatakan perasaaan rindu.

Terdahulu dalam siaran langsung Instagram, pelantun Makhluk Penggoda itu akui tidak kisah mengenai asetnya di Malaysia dilelong. Jelasnya dia ingin meneruskan kehidupan baru di Australia dan bersyukur atas apa yang berlaku.

“Bagi saya, saya dah mati di Malaysia! Saya tak perlu fikirkan apa yang berlaku di sana sama ada tentang rumah dan segalanya. Terpulanglah mereka nak buat apa, saya sudah ada kehidupan di sini (Australia)

“Nak lelong, lelonglah. Saya tak hairan pun. Apa kita ada nanti pun kita akan tinggalkan… Saya bersyukur apa yang berlaku.

“Tak payah nak sedih-sedih, benda dah jadi dah. Kami tak teriak pun, ampa pula yang lebih-lebih nak teriak bagai. Bukan duit ampa, tu duit kami yang kena lelong tu” tegas Sajat

Sebelum ini, Murai.my melaporkan Mahkamah Tinggi Shah Alam membenarkan permohonan OWA Resources Sdn. Bhd. untuk menuntut pampasan sebanyak RM200,000 yang gagal dibayar oleh Sajat.

Nurwati Hussin, 41 dan Mohamed Syakir Hussin, 32 dari OWA Resources yang merupakan bekas stokis utama perniagaan bengkung dan girdle milik Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman mengambil tindakan menyita,susulan kegagalan usahawan tersebut membayar jumlah penghakiman pada bulan Disember tahun 2020.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

[the_ad id="14544"]

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.