Penyanyi rap dan usahawan , Caprice tampil bersuara selepas diminta oleh pengikutnya untuk memberikan pendapat mengenai isu perselisihan pelakon Iqram Dinzly dan Mona Allen sewaktu menjalani penggambaran drama Hati Yang Dikhianati.
Rancang Untuk Viral & Promosi Drama?
Menerusi hantaran di Instagram, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli berpendapat pihak produksi sengaja merancang babak itu untuk tular sekaligus mempromosikan drama tersebut.
“Ramai tanya Caprice ianya real atau fake. Ni pendapat peribadi la. Kemungkinan pasukan produksi dah merancang babak itu semata-semata untuk viral dan promote drama tersebut.”- kongsi Caprice
Anggap Babak Palsu
Caprice yang mengambil kes Dato Seri Vida (DSV) dan Iqbal sebagai contoh, turut berpendapat bahawa babak yang dilakonkan oleh Iqram dan Mona itu adalah palsu.
“Macam kes DSV dan Iqbal. Sebab video ni kita semua sedang cakap dan debat mengenainya. So my prediction, this is fake.”- katanya
Terdahulu, Murai.my melaporkan Iqram memuatnaik video dirinya menangis berikutan berasa tertekan dengan isu tersebut. Susulan itu, dia turut bersemuka dengan suami Mona yang juga pelakon, Pekin Ibrahim bagi menyelesaikan masalah diantara mereka.