22.3 C
Malaysia
Saturday, October 5, 2024
[the_ad id="14542"]

Latest Posts

“Percayalah, Saya Tidak Akan Rosakkan Industri Muzik Tanah Air” – Iqbal Zulkefli Serius Dengan Single Baharu

Usahawan sensasi yang juga bekas pembantu peribadi Datuk Seri Vida (DSV), Ahmad Iqbal Zulkefli berkata dia tidak akan merosakkan industri muzik tanah air dengan single terbaharu nya berjudul Hujan.

‘Hujan’ Mengenai Iqbal 

Menerusi sebuah hantaran poster yang merujuk kepada single itu, Iqbal menyifatkan single ini menceritakan perihal dirinya yang sebenar. Malah poster yang memperlihatkan dirinya diikat dengan tali juga memberi gambaran seakan dia diperlakukan seperti boneka.

“Poster lagu HUJAN ini, berkonsepkan filem antarabangsa. Jurugambar & pereka grafik ini @ayetozza semenangnya pernah berkarya untuk produk antarabangsa. Tali yang mengikat tangan dan kaki saya itu diedit (manipulate) seperti boneka” kata Iqbal

Dimuatnaik Petang Ini 

Sebelum ini, Iqbal pernah dikecam netizen gara-gara isu perselisihan faham dengan DSV sebelum disusuli dengan kenyataamnya ingin menghasilkan sebuah single. Komited dengan itu, lagu yang mendapat sentuhan daripada komposer dan penyanyi Oja serta ahli Floor 88, Achoi bakal dimuatnaik secara rasmi di laman YouTube pada jam 5 petang ini (1 November 2021)

“Kos penggambaran & grafik kesemuanya (termasuk gambar-gambar lain lagi) bersamaan sebuah kereta Honda Civic saya yang ramai hina. Ini bukan tentang berapa banyak wang yang saya ada. Ia tentang betapa serius saya dalam melakukan sesuatu. Saya bukan orang yang berbual kosong.

Set jam 5:00 petang, 1 November untuk tonton video muzik official lagu HUJAN – Iqbal Zulkefli. Percayalah, saya tidak akan rosakkan industri muzik tanah air” ujarnya lagi

Menjengah ke hantaran tersebut, pelbagai reaksi telah diberikan oleh netizen mengenai single terbaharunya itu selain turut menyatakan teruja untuk mendengarnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

[the_ad id="14544"]

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.