Jejaka yang pernah tular dengan lagu ‘My Sejahtera Way’ yang diambil dari lagu My Way nyanyian asal Frank Sinatra, Azman Naim mendedahkan terdapat beberapa pihak pernah mempelawanya untuk menyertai beberapa program realiti televisyen sejak dirinya tular pada tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) terdahulu.
Terpaksa Tolak Tawaran
Walaubagaimanapun menerusi laman Twitter, Azman memberitahu dia terpaksa menolak tawaran tersebut meskipun masih mendapat tawaran sehingga ke hari ini.
“Sebenarnya ada 3 pihak yang ajak saya masuk program nyanyian realiti TV sejak saya viral zaman PKP1 dulu.”-Kongsi Azman
Akui Diri Bukanlah Seorang Yang Handal Menyanyi
Tambahnya lagi, dia mengakui dirinya bukanlah seorang yang handal dalam nyanyian tidak mungkin akan dapat menyanyi pelbagai jenis genre lagu.
“Salah satu adalah saya bukan terer sangat menyanyi. Dan saya bukan boleh nyanyi semua jenis genre. Takkan saya nak nyanyi lagu dangdut siap gelek?
Faham Taktik Permainan Korporat Mahu Naikkan Rating Program
Menurut Azman, dia memahami dengan taktik permainan korporat yang mahu menaikkan rating stesen televisyen dengan mencari individu yang tular untuk program-program merek. Malah,dia berpendapat media massa kini bergelut untuk mendapatkan penonton sejak wujudnya media sosial dan pencipta kandungan platform tersebut.
“Saya faham game korporat yang nak rating dengan cari individu viral untuk program mereka.”-katanya
Terdahulu, nama Azman tular sehingga mendapat perhatian Tunku Mahkota Johor (TMJ) yang menggelar Azman sebagai lagenda.