Di laman Facebook, ‘kehilangan’ penyampai radio atas talian terjawab apabila lelaki berusia 48 tahun itu dikatakan telah ditahan pihak polis berikutan kesalahannya dalam memiliki dadah jenis ganja.
Mengaku Miliki Dadah
Menerusi tangkap layar kiriman mesej dipercayai laporan polis, lelaki tersebut yang juga bekas penyampai radio di sebuah stesen radio swasta popular telah ditahan reman bagi membantu siasatan. Dalam tangkap layar tersebut juga telah menyatakan lelaki itu disahkan positif setelah menjalani ujian air kencing malah turut mengaku bahawa dadah tersebut adalah miliknya.
Peminat Terkejut
Lebih mengejutkan lagi, dia turut akui sudah terlibat dengan kegiatan tersebut sejak tahun 2011. Menjengah ke laman Facebook stesen radio atas talian tersebut, rata-rata peminat membanjiri ruangan komen hantaran terkini meluahkan rasa kecewa serta tidak percaya akan khabar berita tersebut.
Malah, ada diantara mereka menyifatkan tangkap layar tersebut hanyalah fitnah semata-mata. Difahamkan, penyampai radio serta stesen radio tersebut juga sudah tidak ke udara untuk beberapa ketika.