27.3 C
Malaysia
Saturday, October 5, 2024
[the_ad id="14542"]

Latest Posts

Penentuan! Kes Mahkamah Usahawan Selebriti Popular Bakal Diketahui

Setelah sekian lama kes membabitkan antara seorang individu wanita yang juga selebriti usahawan popular dengan sebuah syarikat pengurusan acara, dikhabarkan bakal sampai ke penghujungnya pada minggu hadapan.

Menerusi jemputan yang dikirimkan kepada pihak Murai.my sebentar tadi, sebuah sidang media akan diadakan sejurus mahkamah mengeluarkan keputusan bagi kes tersebut. Difahamkan, antara tuntutan tersebut termasuklah bagi kes perintah komital dan perintah bersih. Dalam kes itu, perintah komital telah difailkan berikutan usahawan tersebut telah ingkar serta menghina mahkamah.

Untuk info, kes perintah komital merupakan suatu proses undang-undang untuk menguatkuasa suatu perintah atau penghakiman mahkamah terhadap pihak yang ingkar seterusnya dipenjarakan. Dalam prosiding kebankrapan pula, ia disifatkan sebagai suatu tindakan melakukan suatu kesalahan.

Terdahulu, syarikat pengurusan acara tersebut telah memfailkan saman fitnah serta penghakiman ingkar kehadiran mahkamah terhadap usahawan itu pada tahun 2020.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

[the_ad id="14544"]

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.