20.9 C
Malaysia
Saturday, September 14, 2024

Latest Posts

“Pendirian Saya Sekarang Masih Sama”- Peguam Hafidzah Harap Kebenaran Akan Ditunjukkan

Peguam Nurul Hafidzah yang mewakili pengasas Rumah Bonda memberitahu bahawa pendiriannya kini masih sama dan berharap kebenaran dapat ditunjukkan terhadap kes penderaan anak istimewa yang dikenali sebagai Bella.

Pendirian Masih Sama

Menerusi Insta Stories, Hafidzah dilihat memuatnaik semula hantarannya pada tahun lalu mengenai Bella dan menyatakan bahawa pendiriannya masih sama.

“Scroll balik terjumpa penulisan tahun lepas berkenaan kes Bella. Masa ni kes viral macam nak giler dan saya belum ada kaitan pun dengan kes ini. Pendirian saya sekarang, masih sama.”-Hafidzah

via Instagram Nurul Hafidzah

Tambahnya lagi, dia turut berharap agar kebenaran dapat ditunjukkan dan orang yang zalim akan menerima hukuman mereka.

“Doa saya semoga kebenaran akan dapat ditunjukkan. Semoga orang yang teraniaya diberikan kemenangan. Semoga orang zalin menerima hukuman. Aamin.”-Hafidzah

Dikecam Netizen

via Instagram Nurul Hafidzah

Di ruangan komen hantaran yang dimuatnaik pada tahun lalu, rata-rata netizen kembali meninggalkan komen malah ada yang berpendapat peguam ini merasa risau kerana kes adik Bella mendapat perhatian Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

“Risau sebab TMJ dah jalankan kerja kan. Thats why you u-turn pulak sekarang.”

“Edited ye. Nasib baik bukan macam pesbuk boleh tengok apa yang di edit.”

“Dah bawak ke muka pengadilan. Ang pi bela pulak. Haha.”

“Dia cuba memusing alam. Hati-hati gais.”

“Dah salah nak mengaku apa sampai mati pun takkan mengaku takpe kau tunggu di akhirat nanti.”

via Instagram Nurul Hafidzah

Sehingga kini kes penderaan adik Bella masih berada dalam proses perbicaraan di mahkamah. Sama-sama kita doakan agar nasib adik Bella akan terbela..

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.